cerita lama

dfg

dfg
scf

Isnin, 22 April 2013

Sepucuk surat mangsa rogol kepada pejuang

Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amarika Yang Bangsat! | Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.

Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.

Selasa, 9 April 2013

Buli sekolah SMK Tun Hussien 2013

Kes kaki buli sekolah SMK Tun Hussien


Baru baru ini malaysia dikejutkan dengan video klip ala ala samseng...... emmm berani betul ek mereka.

Berikut merupakan klip rakaman yang menarik perhatian banyak pengguna Facebook sejak ianya dimuat-naik. Dalam beberapa jam sahaja, video itu telah dikongsikan lebih daripada 8000 kali.

Rakaman menunjukkan seorang pelajar telah dibelasah oleh pelajar lain secara beramai-ramai dalam sebuah kelas. Ada juga maklumat mengatakan pelajar yang dibelasah itu merupakan ketua tingkatan. Bagaimanapun maklumat ini tidak dapat dipastikan.
Salah seorang pengguna Facebook telah berkongsi pautan sebuah blog yang dinamakan Pembuli SMK Tun Hussien Onn yang memuatkan gambar-gambar serta cetakan skrin twitter salah seorang remaja yang kenal pasti sebagai suspek dalam kes ini.






 http://m.youtube.com/#/watch?v=QcrUi-pXsos&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DQcrUi-pXsos

Jika ini berterusan, siapakah yang akan dipersalahkan. Masa ini lah ramai yang akan menuding jari kepada pihak kerajaan dan sekolah. Ini lah yang akan berlaku jika kuasa hanya diberikan kepada guru disiplin dan juga pengetua sekolah untuk menghukum pelajar pelajar bermasalah iniJika kita kembali semua pada zaman kita-kita dahulu, tidak banyak kes kes ini dilaporkan. Sebab apa…. Sebab guru guru pada masa itu sangat profesional dalam menjalankan tugas mendidik pelajar pelajar sekolah. Bukan setakat mengajar tentang dunia akedemik, malah mereka juga mengajar nilai nilai murni dalam diri seorang pelajar. Sebenarnya perkara buli membuli ini tidak berlaku jika masyarakat memainkan peranan bersama membentas gejala ini dari terus berlaku. Jadi pihak berkuasa sekarang dan bakal kerajaan harus memikirkan dan mengatur strategy bagi membendung masalah ini dari berlaku lagi. Mungkin dah tiba masanya guru guru dikembalikan kuasa mengajar mereka seperti dahulu. Tapi jika kuasa ini dikembalikan, jangan pulak guru-guru belasah pelajar ikut suka hati mereka pula. Hihi 

Sekarang Pihak sedang mencari pelajar pelajar sekolah ini yang memukul dan membuli ketua darjah mereka. berikut adalah maklumat pembuli yang dikongsi bersama untuk makluman


Suspek Pertama Pembuli Diketahui 



NAMA : Izzat Syafiq Bin AbdullahI
BBPIN : 2A9E01F1
SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN










Mr Right vs Mrs Always Right



Petang2 begini, sambil mengadap secangkir cappuccino dicafe Komplek Keraf Jalan Conlay, mata ku terus menyorot sekumpulan wanita muda, yg baru sampai turun dari bas, mungkin mereka rombongan dari mana2 negeri barangkali. Mata buaya aku pun semakin nakal bila ada antara wanita2 itu memandang kearahku.

Apa yg mereka pandang yek ... apa aku kelihatan seperti alien dimata mereka ... atau aku sememangnya ada iras2 Tom Selleck atau Ben Affleck agaknya. Hahaha ... perasan pulak aku ... namun pemandangan sebegini memang dapat membuat aku tenang ... & keluar dari kemelut permasalah Lahad Datu yg sudah seperti benang kusut itu.

Waktu aku belajar di UM dulu, aku pernah ditugaskan untuk membuat assignment secara berkumpulan mengenai buku 'man from mars, woman from venus'. Buku tersebut ditulis oleh John Gray PhD dan menerangkan bagaimana lelaki dan wanita mempunyai sifat yang berlainan dan bertindak dengan cara yang berbeza.

Ini menunjukkan bahawa lelaki sukar untuk memahami wanita kerana perbezaan tersebut dan sebaliknya. Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai pendapat, pendirian serta cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, aku sangat mencadangkan untuk sesiapa yang mempunyai masalah dalam perhubungan percintaan atau pun berumah tangga untuk membaca buku tersebut.

Lelaki Dari Planet Marikh, Wanita Dari Planet Zuhrah.

Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran, tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan. “Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.

Wanita mengadu lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka. Lelaki pula mengadu wanita sering cuba membetulkan mereka dan cara mereka melakukan kerja. Lelaki menilai diri melalui kekuatan, persaingan dan pencapaian. Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri, manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Sebenarnya ada kekeliruan disini ... Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka, dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka. Kerana itu wanita lebih cenderung menjadi 'ahli mesyuarat tingkap' ... & tidak mustahilnya akan mempunyai habit mengumpat & bergossip tak habis2 ...

Biasanya lelaki pula cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain. Mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian. Pada ketika itu, mereka akan senyap, hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing, kurang respon dan bersifat pelupa. Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut. Cuma wanita harus hati2 juga, jangan sampai para lelaki mereka 'diam2 ubi berisi'. Perhatikan, jangan sampai dalam tandas pun dia bawa masuk hp .... adalah benda yg tak kena tu ... Masa tu, siap2, stand-by, Butang Baju Melayu kena simpan jauh2 ... hahaha ...

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan. Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan. Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami. Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Di sini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita. Tipsnya mudah ... sesekali lelaki harus jadi 'telinga kuali'

Persoalannya ... Bagaimana Untuk Memotivasikan Pasangan Sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta. Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka. Wanita pula memerlukan kasih sayang dan dijaga di mana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan cinta kasih.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama ... tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum. Jika lelaki bicara, mereka akan maksudkan secara terus, spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar. Di sini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita pula bicara untuk banyak sebab. Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya, dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..

Lelaki ini terkadang seperti getah. Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan, mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.

Wanita pula, ada-kalanya seperti ombak. Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak, mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun, mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Apabila saat perasaan ombaknya memecah seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.

Pada dasarnya, setiap wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjung, pengesahan dan sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.

Justeru dalam hal ini, pasangan harus mengelakkan diri dari 'Perselisihan Faham'. Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Apabila lelaki rasa tercabar, dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka. Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu. Biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.

Lagi satu ... jangan kedekut memberikan pujian kepada pasangan.
Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Tetapi bagi wanita, semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.

Bagaimana Untuk Berkomunikasi Dalam Konflik Perasaan?

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan:

* Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak.Buat secara ringkas dan berterus terang.
* Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.
* Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.

Untuk berjaya dalam percintaan, kita harus memahami terdapat banyak musim dalam percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.

Ada orang bilang, wanita itu seperti gitar ... kerana mereka hanya melihat fizikal wanita itu sahaja. Namun bagi aku, wanita itu seperti piano ... mereka ada banyak nada, irama ... viarasi chord yg tinggi rendah ... serta pitching yg nyaring & ada kalanya mendatar .... Jadi tinggal kita lelaki sajalah, yg harus tahu memainkan butir2 piano itu ... agar dapat melahirkan muzik (kehidupan) yang harmoni ...


Sumber : https://m.facebook.com/profile.php?id=403142033068693&__user=100000800061882#!/profile.php?id=403142033068693&__user=100000800061882

FB :VAT 69 - Perjuangan Semalam




Isnin, 8 April 2013

Senjata Keris dan jenis-jenisnya

Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.[1][Note 1]

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.[2]

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

SorokkanBahagian-bahagian keris

Aring -- Kerawang di pangkal mata keris.[3]
Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus.[4]
Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.[5]
Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris).[6]
Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.[7]
Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris).[8]
Dagu keris -- Hujung ganja keris.[9]
Gandik -- Perhiasan pada hulu keris.[10]
Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya.[11]
Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya.
Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor.[12]
Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris).[13]
Landaian -- Hulu keris.[14]
Lok -- Kelok atau liku pada mata keris.[15]
Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi.[16]
Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya.[17]
Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris.[18]
Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris.[19] Kedongkok.[20] Pemendak.[21]
Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).[22] Terapan.[23]
Penongkok -- (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris.[24]
Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain).[25]
Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali.[26] Warangka (Jawa).[27]
Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin.[28]
Tapih -- Salut pada sarung keris Jawa.[29]
Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan).[30]
Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.

Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada:

Keris Semenanjung
Keris Bugis
Keris Jawa
Keris Sumatera
Keris Madura
Keris Patani
Keris Bali
Keris Sajen
Keris Picit

Sumber dari: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Keris#section_1





Sabtu, 6 April 2013

Hantu Balan Balan Sabah


Balan-Balan!!!!!











   Mitos hantu yang sangat popular dalam kepercayaan masyarakat kaum Bajau ialah Balan-balan. Suku kaum Bajau Pantai Timur menyebutnya babalan, manakala suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia, menyebut balan-balan sebagai Hantu Penanggalan atau Tenggelong. Namun begitu, Penanggalan atau Tenggelong tidak menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Terdapat beberapa jenis Balan-balan, antaranya tidak berbaju, terbang kepala, panjang rambut dan tekakak (kepala kebelakang). Suku kaum Bajau percaya Balan-balan sebenarnya ialah manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, balan-balan terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini diamalkan adalah untuk mengekalkan kecantikan, awet muda serta bertujuan untuk memanjangkan usia. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini dikatakan akan mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu hitam ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya tercabut dan terpisah darpada tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Selain itu, mereka juga mempercayai sesetengahnya diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi. Dikatakan mereka yang mengamalkan ilmu balan-balan atau mewarisi ilmu balan-balan ini dapat dikenalpasti melalui matanya. Biasanya, mata mereka sentiasa berwarna merah dan akan berair apabila didekatkan dengan hirisan limau nipis. Pengamal ilmu balan-balan dipercayai tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana dipercayai akan mencederakan isi perut balan2 tersebut. Justeru, di halaman rumahnya tidak terdapat pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Disekitar leher mereka dikatakan mempunyai 2 garisan yang melingkari leher dan daging diantara 2 garisan tersebut lebih tebal berbanding daging disekitarnya. Rumah pengamal ilmu balan-balan ini pula biasanya mempunyai lubang di sudutnya bagi memudahkannya keluar pada waktu malam.

   Dikatakan, balan-balan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari serta menjalankan aktiviti harian mereka seperti manusia biasa. Hanya apabila terdapat kematian atau kelahiran dikawasan berhampiran, baharulah mereka akan bertukar menjadi balan-balan. ‘Mereka’ dikatakan akan berjalan pada waktu malam atau subuh, dalam bentuk jasad manusia. Balan-balan akan mencuri bayi yang baru dilahirkan, terutamanya bayi yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong. Mereka akan hadir di rumah si mati untuk mencuri jasad si mati dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau bawah rumah. Setelah mencuri jasad tersebut, balan-balan akan menggantikan jasad si mati tadi dengan batang pisang. Dalam kepercayaan suku kaum Irranun, balan-balan akan menggolek-golekkan jasad si mati di dalam perahu untuk menukarkannya menjadi ikan. Kepercayaan ini mungkin disebabkan oleh faktor pekerjaan suku kaum ini yang majoritinya bekerja sebagai nelayan. Berbeza dengan kepercayaan suku kaum bajau dan dusun tindal, mereka mempercayai bahawa balan-balan akan memakan mayat tersebut dan memakan tali perut si mati atau bayi tersebut.

   Selain mencuri bayi dan mayat, balan-balan juga dikatakan gemar menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Balan-balan ini akan berada di bawah rumah dan kehadiran entiti ini biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini menyebabkan si ibu akan kehilangan banyak darah dan mengalami kesukaran untuk melahirkan bayi tersebut. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.

   Kemunculan balan-balan di sesuatu tempat dipercayai akan diiringi dengan hilai tawa seperti suara seekor kuda tetapi lebih nyaring. Bunyi hilai tawa yang kuat menandakan balan-balan tersebut berada jauh dari tempat orang yang mendengarnya, namun bunyi hilai tawa yang sayup-sayup kedengaran atau seolah-olah berada di tempat yang jauh, bermakna balan-balan itu berada di kawasan yang berhampiran. Terdapat beberapa perkara yang diamalkan oleh suku kaum Bajau bagi mengelakkan kehadiran balan-balan disesuatu kawasan. Misalnya, bagi rumah yang mempunyai tiang, air limau akan diletakkan di tempat tertentu, manakala buah limau atau daun limau pula akan diletakkan di bawah rumah. Bagi rumah yang tidak bertiang, buah limau dan daun limau akan diletakkan disekitar jasad bayi atau mayat, serta tuan rumah biasanya akan memasang api disekeliling rumah. Hal ini demikian kerana, balan-balan dipercayai takut akan air dan bau limau serta api.

BILA LELAKI MEMASAK






1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.
3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat.Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seoranglelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan(awekku dulu sebelum bergelar isteri),fuhhhh lama dia merajuk.pasti menyesal ko, dan tak akan komplen g hahaha.
9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.


Tapi sekarang nie heheh memang pon ramai chef lelaki dah. tapi jika mendapat sentuhan dari seorang perempuan.. ia tentu lagi bermakna :-)

Khamis, 4 April 2013

Fakta Lawak : Apa Kata Perempuan Mengenai Lelaki

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Kongsi

35 Fakta Mengenai Lelaki

Betul atau tidak anda tentukan mmmmm


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.



3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis kerana kekasihnya.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan rapat dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

28. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

29. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

30. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

31. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

32. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

33. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

34. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

35. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

ALFAFA SHAKLEE

Supplement terbaik buat masa kini
Untuk maklumat - herry_hi@hotmail.com


Fakta lawak

Fakta lawak

4 fakta tentang mata dan lidah:

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…

... Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda akan tertawakan diri sendiri

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak bodoh ni kpda geng korang yg lain untuk kenakan diaorang seperti korang yg telah terkena..

copy paste dr post En Alee

Rabu, 3 April 2013

Teori Kiamat Al-Quran vs Barat

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.

Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

  
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)




Teori Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .

Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.

Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.


Herry

Dosa Diampunkan Bila Suami Isteri Bersalaman





RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:

“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang, segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami…UstazCambodia..
Selamat datang kedunia fantasi.

Blog ini di cipta bertujuan untuk menyebarkan infomasi terkini dan berkongsi segala cerita, peristiwa dan pengalaman yang menarik. Adalah dialu-alukan blog ini dihebahkan dikongsi bersama. Adalah digalakan jika tuan puan mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Sekian